Wednesday 12 October 2016

'1MDB jangan spin, mahasiswa mahukan jawapan'

Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut jawapan mengenai skandal 1MDB.

Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran laungan 'Tangkap MO1'.

Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa lelaki yang mengoyakkan sepanduk dari mereka, dan mereka turut ditegur oleh hos majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sambil menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.

Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus' anjura Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tun Faisal adalah ahli panel pemikir JASA.

- MK

No comments: