Tuesday 11 October 2016

Polis akan panggil Jamal jawab serangan di Sabak Bernam

abu-samah-jamal-1
PETALING JAYA: Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung serangan ke atas 2 lelaki berkemeja T Bersih di Sabak Bernam.

The Star Online melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis sedang berusaha untuk menghubungi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Katanya lagi 3 orang ditahan kerana merusuh semasa kejadian dan sudah dibebaskan.

Pada Sabtu, penunjuk perasaan Baju Merah dirakam membaling telur ke arah 2 lelaki dan salah seorang daripada mereka ditendang di belakang tubuh.

Jamal mendakwa 2 lelaki itu cuba merempuh mereka dengan motorsikal.

Beliau memberitahu pengikutnya supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Bersih 2.0 sedang menjelajah negara menuju himpunan Bersih 5 pada 19 November. Gerakan Baju Merah cuba mengganggu konvoi kumpulan itu di beberapa kawasan.





- StarOnline

No comments: