Friday 16 September 2016

Haron Din Koma Kritikal, hanya tunggu masa, kata anak.

haron din
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sedang koma dan keadaannya dipercayai kritikal.

"Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada Tok Guru (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pimpinan  PAS. Doktor kata sudah tiada harapan lagi.

"Pendarahan teruk, sekarang menggunakan alat bantuan sokongan untuk hidup, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biarlah Baba pergi menemui Rabbul Alamin dengan aman," kata anak lelakinya Hamdi Haron melalui mesej yang diterima oleh kumpulan pimpinan PAS pada jam 2.30 pagi Jumaat.
"Kami juga sedang menunggu berita rasmi daripada keluarga Tok Guru Haron Din," kata ketua Penerangan PAS Nasaruddin Hassan Tantawi.

Haron kini berada di sebuah hospital di San Francisco, California di mana beliau menjalani rawatan jantung.

- Sumber

No comments: