Tuesday 20 September 2016

PM tidak bangkit isu Xavier Justo dalam Rundingan Malaysia-Thai, kata setiausaha akhbar

le-temps
PETALING JAYA: Nasib pembocor maklumat 1MDB, Andre Xavier Justo yang menjalani hukuman penjara di Thailand atas kesalahan pemerasan tidak termasuk dalam agenda Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-6.
Setiausaha akhbar perdana menteri berkata rundingan membincangkan agenda besar kedua negara seperti kerjasama melawan pelampau, perjanjian dagangan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan untuk masyarakat Islam di Selatan Thailand.
“Semasa perjumpaan rundingan tahunan Malaysia-Thailand ke 6, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau delegasi tidak pernah membangkitkan perkara berkaitan pemeras tersabit Xavier Justo.
“Tambahan pula, Perdana Menteri tidak ditemani oleh individu yang dinamakan Le Temps (dalam laporannya),” kata Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Le Temps memetik sumber mereka melaporkan Bangkok enggan melepaskan Justo pulang ke negaranya. Media Switzerland itu mendakwa keputusan itu dibuat selepas Najib memohon supaya Justo tidak dihantar pulang.
Sariffuddin menyesali Le Temps menyiarkan dakwaan itu tanpa mahu menentusahkan maklumat dengan pihaknya.
“Maklumat itu dikaitkan kepada sumber tanpa nama, tetapi hakikatnya kotoran itu diberikan Sarawak Report.
“Daripada corak yang sedia diketahui, sumber tidak bernama itu gagal menyediakan sebarang bukti membuktikan dakwaan mereka — kerana bukti tidak wujud.”
Tahun lalu Justo dilaporkan cuba menjual emel dan dokumen tersebut kepada penerbit media The Edge pada harga RM2 juta dalam satu urusniaga yang membabitkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
The Edge dan Sarawak Report memberi liputan meluas ke atas tansaksi 1MDB, mendakwa penipuan dan penggelapan berbilion ringgit daripada pinjaman dan pelaburan berkaitan 1MDB.
- FMT

No comments: