Wednesday 21 September 2016

Petronas teruskan buang pekerja, lapor WSJ

PETALING JAYA: Petronas akan meneruskan pengurangan pekerjanya dalam usaha syarikat minyak negara itu melawan kesan daripada kejatuhan harga minyak, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.

Menurutnya, syarikat itu merancang mengurangkan pekerja melibatkan entitinya yang tersenarai awam.

Pada Mac, Petronas mengumumkan akan mengurangkan sejumlah 1,000 pekerja, di samping memotong perbelanjaan sebanyak AS$11.4 bilion dalam tempoh 4 tahun.

Langkah sama dilaksanakan syarikat minyak utama dunia termasuk Shell yang menanggung kesan kejatuhan harga minyak mentah.

Setakat akhir tahun lalu, Petronas menggaji 53,000 pekerja, menurut laporan tahunannya.

Jumaat lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin memberitahu Bernama syarikat itu akan terus mengambil, menggilirkan, memajukan dan menaikkan pangkat semua kakitangan berdasarkan prestasi dan kualiti mereka.

Tiga entiti utama di bawah Petronas – Petronas Chemicals, Petronas Gas dan Petronas Dagangan – masing-masing menggaji 4,659, 2,187 dan 1,900 kakitangan, menurut laporan tahunan 2015.

Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 86% berbanding tahun sebelumnya.

- FMT

No comments: