Friday 16 September 2016

Dia bukan tuhan untuk paksa kita, kata Siti Kasim

siti-kasim
PETALING JAYA : Peguam kontroversi, Siti Kasim mempersoal kenyataan peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkenaan rakyat beragama Islam tidak boleh diberikan kuasa memilih undang-undang di bawah Mahkamah Syariah.
“Siapa dia tu, dia tu tuhan ke? Sedangkan agama Islam pun tak ada paksaan, kenapa pula dia nak jadi tuhan,” soalnya kepada FMT hari ini.
Akberdin berkata rakyat Islam tidak boleh diberikan kuasa memilih untuk tidak dikenakan undang-undang di bawah Mahkamah Syariah bagi kesalahan seperti zina dan minum arak.
Jelasnya, kuasa menjatuhkan hukuman terhadap seseorang terletak di bawah bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya syarie negeri.
Sebelum ini, Siti Kasim mempersoal sebab umat Islam di Malaysia tertakluk di bawah undang-undang Islam di Mahkamah Syariah sedangkan Perlembagaan Persekutuan ialah perundangan tertinggi.
Menurutnya, undang-undang di negara ini seharusnya dipatuhi tetapi tidak perlu dipaksa ke atas orang Melayu semata-mata untuk mengikut kehendak mereka.
“Kalau dia nak, berbincang secara terbuka berkenaan undang-undang syariah, berkenaan peruntukan apa yang mahu mereka laksanakan ke atas orang Melayu.
“Benarkan kita bercakap mengenainya dan komen tentang hukuman yang mahu mereka laksanakan terhadap kita,” katanya.
- FMT

No comments: