Thursday 22 September 2016

Umno Sabah sedia berdepan parti baharu Shafie

salleh-keruak-shafie-apdal
KUALA LUMPUR: Umno Sabah bersiap sedia sepenuhnya untuk bertanding dengan parti baharu pelbagai bangsa di negeri itu yang diumumkan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Shafie berhak menubuhkan parti politik sendiri, tetapi rakyat yang sebenarnya akan membuat pilihan.
“Itu hak Shafie untuk menubuhkan parti politik atau mengubah jenama sesebuah parti.
“Di penghujungnya, rakyat yang akan memilih. Sehingga hari ini kita lihat Umno Sabah masih kuat dan tidak berdepan masalah besar.
“Namun, kami mengalu-alukan parti baharu itu menyertai dan bertanding bersama kami di Sabah,” katanya kepada wartawan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berita menyatakan Shafie akan menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada.
Beliau yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah itu berkata kerajaan BN akan menunjukkan yang langkah pembangunan Sabah terus dilakukan dan tidak ada sebab mengapa rakyat negeri itu berpaling kepada yang lain.
“Kami akan tunjukkan matlamat Umno untuk membawakan kestabilan politik kepada negeri ini. Tidak ada alasan rakyat Sabah tidak akan bersama Umno Sabah,” katanya.
Terdahulu hari ini, Shafie menghantar permohonan mengubah kepimpinan dan logo bagi satu parti sedia ada kepada Pendaftar Pertubuhan, tetapi enggan mendedahkan butirannya.
- FMT

No comments: