Monday 19 September 2016

Bersih 5: Gerakan kutip RM20,000 bantu sewa stadium

Tan-Keng-Liang-L1
PETALING JAYA: Gerakan sedang mengutip RM20,000 bagi membantu penganjur menyewa stadium untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November nanti, kata ketua pemuda parti itu.

Tan Keng Liang percaya punca Bersih 2.0 belum mengumumkan lokasi perhimpunan itu kerana penganjur dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit belum mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan.

Walaupun Bersih 2.0 banyak kali menolak cadangan mengadakan perhimpunan di stadium, katanya, Pemuda Gerakan percaya saranan mengumpul dana untuk sewa stadium masih berkesan.

“Sehingga kini, kami sudah kumpul RM17,500 dan baki RM2,500 akan kami subsidi. Jika mereka setuju, mereka boleh mengadakan perhimpunan di lokasi itu secara percuma.

“Tetapi, disebabkan perhimpunan baru-baru ini, seperti #TangkapMO1 yang mendapat sambutan dingin, jadi saya percaya stadium bersaiz sederhana sudah mencukupi. Lagipun, mereka tidak jamin mampu mengawal peserta perhimpunan itu,” katanya dalam satu sidang media semalam yang dipetik Nanyang Siang Pau.

Beliau berkata, tindakan mengumpul derma itu tidak bermakna Gerakan menyokong Bersih 2.0, sebaliknya mereka berharap perhimpunan itu boleh diadakan secara aman dan tidak berulang babak keganasan seperti 2012.

- FMT

No comments: