Friday 16 September 2016

Haron Din Meninggal Dunia

haron-din_hospital_600
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang dilaporkan koma dan kritikal sebelum ini meninggal dunia, pagi Jumaat.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dalam pesanan ringkasnya kepada pihak media, yang turut dimuat naik di laman Facebooknya.

"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University, AS.

"Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan mengampuni almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh," katanya.

Anak lelaki Haron, Hamdi memaklumkan pada awal pagi JUmaat bahawa Haron yang menjalani rawatan jantung di hospital di San Francisco, California berada dalam keadaan kritikal dan menggunakan alat bantuan sokongan untuk hidup.
Nasrudin berkata maklumat lanjut daripada keluarga akan menyusul kemudian.

- mStar

No comments: