Monday 19 September 2016

MCA Negeri Sembilan Kesal Foto Nazri-Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Gambar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memeluk pemimpin DAP, Anthony Loke telah menimbulkan rasa tidak puas pemimpin MCA Negeri Sembilan.

Gambar yang tersebar di media sosial itu muncul selepas Nazri dilaporkan berkata bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Seri Kim Lim Chin Fui mengkritik perlakuan Nazri itu.

Katanya, sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri tidak wajar mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan pesaing politik mereka.

Gambar berkenaan diambil apabila Nazri berada  di Titi pada Sabtu semasa lawatannya ke Jelebu.

"Ia kelihatan seperti beliau telah lupa identitinya," kata King Lim di Facebook pada Ahad.

King Lim berkata beliau bersetuju dengan pandangan bahawa sebagai Menteri Pelancongan, Nazri perlu bekerja untuk rakyat dan membantu membangunkan tempat-tempat pelancongan yang berpotensi.

- mStar

No comments: