Friday 16 September 2016

Muhyiddin ajak rakyat tunjuk kuasa ubah kerajaan yang lebih beramanah

muhyiddin-malaysia
PETALING JAYA: Kerajaan baharu, beramanah dan berintergriti perlu dibentuk menerusi pilihan raya mengantikan pemerintahan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pembentukan kerajaan baharu perlu memandangkan kerajaan BN tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat susulan terpalit dengan pelbagai skandal.
“Jika kerajaan tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka rakyat mempunyai pilihan untuk tidak lagi memberikan mandat kepada kerajaan,” katanya dalam perutusan Sambutan Hari Malaysia Ke-53 hari ini.
Beliau juga berkata tiada gunanya menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang pecah amanah.
“Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara, menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, meringankan beban kos sara hidup, melaksanakan reformasi institusi dan mengurus negara secara beramanah dengan berpandukan prinsip tadbir urus yang baik,” katanya.
Beliau juga terus mengutuk kerajaan semasa sebagai gagal mengurus ekonomi, rasuah bermaharajalela, keitirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan yang menggerunkan.
“Perbelanjaan kementerian dipotong menyebabkan projek pembangunan serta bantuan rakyat tidak dapat dilaksanakan. Anehnya, projek mewah yang tidak masuk akal dilaksanakan untuk menguntungkan kroni,” katanya.
- FMT

No comments: