Saturday, 3 September 2016

Ali Tinju Dakwa Kereta Disembur Cat Merah Di Bukit Aman


KUALA LUMPUR: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju mendakwa kereta disembur dengan cat merah ketika meletak kenderaannya itu di tempat letak kereta bertingkat di Bukit Aman.

Mohd Ali yang juga ketua Gerakan Merah turut berkongsi beberapa keping gambar kereta Toyota Camry milik beliau yang dirosakkannya.

"Kereta saya disembur dengan cat merah...saya telah diminta untuk hadirkan diri saya di Bukit Aman (ibu pejabat polis) oleh pihak polis," katanya dalam satu catatan di laman Facebook. 

Jelasnya, ia berlaku di tempat letak kereta bertingkat Bukit Aman.

Mohd Ali kini disiasat berkaitan videonya yang menuduh pihak polis tidur ketika perhimpunan 'TangkapMO1'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Ali  Ali disiasat bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Bagaimanapun, Mohd Ali berkata, kenyataannya telah diputar belit pihak media.

Perhimpunan #TangkapMO1 berlangsung Sabtu lalu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap 'Malaysia Official 1' yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

- mStar
Post a Comment