Sunday, 4 September 2016

Johari sangkal negara muflis tahun depan

johari
SABAK BERNAM: Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.
Johari berkata penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum ini, namun berita itu tidak benar.
“Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka,” katanya.
- Bernama
Post a Comment