Friday 2 September 2016

M'sia akan capai sasaran defisit 3.1%, kata MIDF Research

MIDF Research yakin Malaysia akan mencapai sasaran defisit 3.1 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun kewangan 2016.
Menurut nota syarikat penyelidikan itu, sasaran tersebut mampu dicapai dengan semua langkah dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya serta keutamaan projek pembangunan.
"Bagaimanapun, wujud risiko ke bawah berikutan perdagangan dan ekonomi global kekal perlahan, yang ketika ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia," menurutnya.
Defisit fiskal kerajaan mencecah RM32.8 bilion pada separuh pertama 2016, berbanding sasaran RM38 bilion bagi keseluruhan 2016.
MIDF Research yakin kerajaan terus komited dengan sasaran pengukuhan fiskal itu, selagi ekonomi tidak mengalami penurunan suku ke suku.
"Tahun ini setakat Julai, defisit kekal pada RM32.9 bilion, hampir kepada Jun iaitu RM32.8 bilion," menurut MIDF Research.
- Bernama

No comments: