Monday 5 September 2016

TMJ mahu sekolah Bangsa Johor diwujudkan

tmj
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa sekolah vernakular di negeri itu digantikan dengan sekolah satu aliran “Bangsa Johor”.
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata: “Anda ada sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India, dan dari kecil anda sudah terapkan kepada mereka agar jangan bersatu. Tetapi apabila mereka sudah besar, anda suruh mereka bersatu?
“Pada masa akan datang, tidak akan ada sekolah Melayu, India, Cina di negeri Johor. Yang akan ada ialah sekolah Bangsa Johor. Dari kecil akan diajar agar bersatu, menghormati agama antara satu sama lain dan menghormati kaum-kaum lain,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sekolah agama akan tetap diteruskan.
Pendidikan vernakular dilindungi di bawah Perlembagaan, tetapi menteri pendidikan mempunyai budi bicara untuk menutup sekolah vernakular.
Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ialah topik sensitif dalam kalangan parti polis dan komuniti etnik minoriti.
Tunku Ismail juga mengaitkan pendidikan vernakular kepada kegagalan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bulan lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyeru rakyat Johor bersatu sebagai “Bangsa Johor”.
TMJ berkata beliau berharap untuk jangka masa akan datang, kerajaan Johor sendiri yang akan memberi modul pelajaran kepada anak negeri itu.
- FMT

No comments: