Thursday 1 September 2016

Aidiladha Disambut 12 September

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan pada Khamis malam.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 September 2016.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini Khamis. 
- Bernama

No comments: