Tuesday 6 September 2016

MB N.Sembilan Dijangka Keluar IJN Esok - Pegawai Khas

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dibenarkan keluar pada Rabu.

Pegawai Khas beliau, Zulkefli Awang berkata, keadaan Mohamad kini bertambah baik selepas dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu setelah mengadu kurang sihat ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

"Keadaan beliau Alhamdulillah sihat dan doktor nasihatkan beliau mendapatkan rehat secukupnya," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada Sabtu lepas, Mohamad dilapor sebagai berkata bahawa beliau hanya mengalami pening dan bukan sakit teruk seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata, rasa pening itu mungkin disebabkan pengambilan ubat sakit perut yang terlalu kuat selain kekurangan rehat dan tidur.
- Bernama

No comments: