Sunday, 4 September 2016

Pegawai Khas Nafi MB Negeri Sembilan Tenat


SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hanya menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pegawai Khas beliau Zulkifli Awang berkata Mohamad dimasukkan ke IJN atas nasihat doktor di Negeri Sembilan Chinese Meternity Hospital (NSCMH) yang merawatnya sebelum itu memandangkan beliau mempunyai rekod di IJN. 

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin kononnya Mohamad tenat selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau seperti yang diviralkan pada Sabtu. 

"Menteri besar hanya mengalami sakit biasa dan mendapat rawatan rutin di IJN selepas mengadu tidak selesa badan pada 1.30 tengah hari tadi...beliau merasakan mungkin ada kaitan dengan ubat ulser yang diambilnya. 

"Ini menyebabkan ketidakselesaan di perut beliau," katanya ketika dihubungi Bernama. 

-Bernama
Post a Comment