Wednesday 7 September 2016

Amanah Sanggup Beri Laluan Bersatu Tanding Kerusi Majoriti Melayu


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti yang baharu ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kerusi majoriti Melayu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, ia akan menjadi pendirian parti itu semasa rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Mereka (Bersatu) akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Amanah (akan) mengambil tempat di kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, oleh yang demikian ahli-ahli komponen Pakatan Harapan perlu mencari jalan untuk mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya.

"Bersatu tidak semestinya menyertai gabungan pembangkang," katanya.

Amanah, parti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli yang disingkirkan daripada PAS telah bertanding menentang parti Islam itu dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini.

Bagaimanapun ia jelas memberi kelebihan kepada Umno.

- mStar

No comments: