Friday 9 September 2016

Kalau Kit Siang Boleh, Kenapa Tidak Anwar? - Tun M

PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada sebab untuk parti itu tidak menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Bekas perdana menteri itu berkata, matlamat menukar kerajaan dan kepimpinan sedia ada hanya dapat dicapai dengan adanya kerjasama sesama parti pembangkang.

“Kita harap dan berusaha agar semua parti-parti lawan akan bekerjasama dalam satu pakatan supaya tidak ada saingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, katanya

“Kalau saya boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya kepada pemberita selepas hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (Ros) di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan sama ada parti yang baharu diluluskan RoS pada Khamis itu akan berkerjasama dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Berita selanjutnya menyusul.

- mStar

No comments: