
Pengarahnya, Datuk Ab Aziz Abdullah berkata, hasil siasatan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas mendapati pihak kantin menyediakan menu seperti ditetapkan.
“Daripada siasatan dilakukan, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Pada hari tersebut, pihak kantin menyediakan menu nasi goreng Cina dan air Milo.
“Sosej dan sayur hanya tambahan kerana nasi goreng tersebut sudah mengandungi ayam dan sayur,” katanya kepada Bernama.
Murid sekolah itu didakwa tidak mempunyai selera makan kerana menu yang dihidangkan hanya sekerat sosej dan sehelai sayur.
Ab Aziz berkata, JPN akan menyiasat perkara itu, termasuk dalam kalangan guru sendiri.
- Bernama
No comments:
Post a Comment